Vitamin


Vitamin Perlu Sedikit Tapi Banyak Manfaat

Vitamin adalah bahan organik yg sgt diperlukan oleh badan dgn jml kecil yg berperanan dlm pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan & pencegahan penyakit.

πŸ₯—Jenis vitamin terbagi kpd dua: 1.Vitamin yg larut dlm air iaitu Vit B Complex (B1, B2, B6, B12) & Vit C. Apabila diberikan terlebih akan dikeluarkan melalui air kencing & kotoran.
2.Vitamin yg larut dlm lemak (A,D,E,K), apabila diberikan terlebih akan disimpan dlm lemak. Tdk blh diberikan terlebih & terlalu kerap krn blh sebabkan keracunan.

πŸ‹‍♀Fungsi Vitamin:
- A (proses pertumbuhan, perkembangan saluran pembiakan, penghadaman,  pernafasan & otak)
- D (penyerapan kalsium+fosfor & menjaga keseimbangannya)
- E (kesuburan, pertumbuhan janin, mencegah kerusakan sel, antioksida)
- K (proses pembekuan darah & perbaikan tulang)
- B complex (proses metabolisme nutrisi)
- C (proses metabolisme sel, penyerapan protin & zat besi, antioksida).

πŸ€’Penyakit & Masalah punca Kekurangan Vitamin:
- A (tumbesaran terhambat, produksi telur turun)
- D (tulang rapuh, cengkerang telur nipis)
- E (kelainan otot & sendi, masalah pd pembiakan & janin)
- K (pendarahan & luka lambat sembuh)
- B complex (selera makan kurang, anemia, kelainan saraf)
- C (mudah stress, krg cergas, lemah).

πŸ“ Di dalam makanan telah mengandungi vitamin tertentu bahkan ternakan juga blh menghasilkan beberapa jenis vitamin dlm badannya tetapi jumlah keperluan vitamin setiap ternakan tdk sama, jadi.. pilihlah produk vitamin yg plg lengkap & berikan pd ternakan anda mengikut keperluan serta berikan sesuai dos yg disarankan.








Anda sebagai penternak dan sedang mencari vitamin untuk kegunaan harian ternakan anda?

Vita Stress adalah jawapannya.

Sepaket 200g Vita Stress hanya berharga RM15.00 (1g = Hanya RM0.075)
Vita Stress adalah serbuk larut air multi-vitamin yang berfungsi mengawal stress (tekanan), meningkatkan pengeluaran, mengelakkan kekurangan vitamin dan menyokong dalam rawatan penyakit.
Vitamin yang terkandung dalam makanan ternakan anda mungkin tidak mencukupi bagi memastikan ternakan anda membesar dengan optimum. Satu sumber vitamin dari luar perlu diberikan kepada ternakan bagi memastikan ternakan tersebut mendapat cukup bekalan.
Vita Stress digarab dengan gabungan 12 jenis bahan yang terdiri daripada pelbagai jenis vitamin dan nutrien. Ia adalah sangat sesuai untuk semua jenis ternakan termasuk unggas (burung, ayam, itik dsb) dan ruminan (kambing, lembu, rusa, kuda dsb). Pemberian Vita Stress secara berterusan iaitu secara harian dapat membantu ternakan mencapai objektif produktiviti yang paling optimum.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengenalan Dectomax / Doramectin

Pembekal Lembu & Kambing Sepang, Jenderam, Bangi dan Putrajaya

Pembekal Lembu & Kambing Sepang, Jenderam, Bangi dan Putrajaya 2020