PROVET GROUP OF COMPANIES SDN BHD

1.0 KAEDAH PENGUNAAN EM (EFFECTIVE MICROORGANISMA) AKTIF TANAMAN POKOK PISANG.


Effective Microoganisma (EM) hasil kultur campuran dari micorganisma hidup yang membantu merencatkan pertumbuhan bakteria jahat yang ada dalam sistem tumbesaran. EM ini membawa kepada wujudnya persekitaran alam semula jadi yang stabil  (neutral) dan sesuai kepada semua kehidupan.

1.1 FUNGSI DAN KEBAIKAN EM DALAM BIDANG PERTANIAN.

EM dapat mengalakkan gandaaan mikroorganisma bermanfaat dan menjadikan tanaman dengan pengeluaran yang berkualiti dengan tumbesaran yang optima.
  1. Mengalakkan pertumbuhan, pembungaan, buah, dan kemasakan dalam tanaman.
  2. Memperbaiki secara fizikal, kimia, dan biologikal persekitaran tanah dan menghalang patogen patogen tanah dan serangga.
  3. Memperbaiki proses fotosintesis pada tanaman
  4. Meningkatkan kecekapan bahan organik sebagai baja
  5. Membina ketahanan tanaman dari penyakit dan serangga perosak.

1.2 KAEDAH PENGGUNAAN EM AKTIF

  1. Pastikan bekas yang ingin digunakan adalah bersih
  2. Isikan bekas dengan mengikut sukatan 18 liter air yang betul tanpa klorin
  3. Tambahkan kadar 1liter yang betul dan kacau biar sebati
  4. campurkan ini harus ditutup rapat dan simpan di temppat gelap
  5. selepas HARI ke 7 EM AKTIF boleh digunakan.

1.3 EM AKTIF PADA TANAMAN POKOK PISANG

 Tentukan kadar liter yang sebetulnya kerana jika terlalu pekat ia akan mengakibatkan keburukan pada tanaman.



baja yang sudah ditaburkan di pokok pisang



Campurkan Em aktif kedalam bekas yang mengandungi air



 Kacaukan EM dalam bekas yang mengandungi air tanpa klorin dengan sebati







 Seterusnya, EM boleh disiramkan ke atas baja yang di taburkan.





Siramkan campuran EM pada baja di pokok pisang dengan secukupnya.

2.0 PENYAKIT MOKO PADA TANAMAN POKOK PISANG

Penyakit Layu Bakteria Tanaman Pisang atau lebih dikenali PENYAKIT MOKO merupakan sejenis penyakit yang telah menyebabkan kerugian besar kepada oleh petani di Malaysia. 

Penyakit ini disebabkan oleh sejenis bakteria yang dikenali dengan nama RASTOLNIA SOLANACERUM yang terdapat pada  tanah dan perumah selama 2-3 tahun.

Pokok pisang merupakan satu jenis tanaman buah-buahan yang popular di Malaysia. 

Varieti yang popular sepertinya :
  1. Pisang Mas
  2. Pisang Nipah
  3. Pisang Tanduk
  4. Pisang Rastali
  5. Pisang Embun
2.1 Simptom  Penyakit Moko
  1. TISU VASKULAR MENJADI PERANG DAN HITAM

2. KEHADIRAN BAKTERIA PADA BATANG / RHIZOME APABILA IANYA DIPOTONG


3. BUAH MENJADI ROSAK SETERUSNYA HITAM DAN REPUT



3.0 PENCEGAHAN DAN RAWATAN

Dengan sebab inilah, Provet Group of Companies Sdn Bhd yang terletak di Seri Kembangan, Selangor. Menemui penyelesaian masalah penyakit ini melalui pengunaan BAJA IMO-PLUS dan digabungkan dengan pengunaan MPRO-BIO keatas pokok pisang yang menghidapi penyakit ini.

BAJA IMO-PLUS - ialah baja campuran yang bedasarkan konsep Sistem Pelepasan Terkawal (Controlled Release System) dan M-PROBIO yang mengandungi beberapa bakteria baik dan berguna pokok. 

Menurut hasil kajian yang tidak formal, yang dilakukan oleh syarikat ini, 90 peratus pokok pisang yang terkena penyakit ini telah menunjukkan kesan pemulihan.


IMO-PLUS adalah baja yang dihasilka sendiri oleh Syarikat Provet Group of Companies. Ia mengandungi berbagai-bagai nutrien yang diperlukan oleh tanaman terutamannya kandungan N, P, dan K. Baja ini adalah bukan hanyalah baja campuran yang semata-mata, ianya dikuatkan lagi dengan kehadiran bahan pembawa iaitu satu bahan bukan organic (inorganic material) yang bertindak sebagai penyokong nutrien nutrien ni. 

3.1 KAEDAH PENGUNAAN BAJA IMO-PLUS DAN M-PROBIO

  1. Pokok pisang yang baru ditanam, pengunaan IMO-PLUS dan M-PROBIO adalah bergantung pada umur dan saiz pokok pisang tersebut.
  2. Pokok kecil 200g sesuai digunakan. Sebagai contohnya, benih daripada kultur tisu akan menghasilkan pokok yang bersaiz kecil dan sebanyak 60 g IMO-PLUS sudah cukup untuk digunakan.
  3. Penggunaan baja ini adalah seelok-eloknya sebanyak 3 bulan sekali.
  4. Bagi menampakkan kesan yang lebih baik, penggunaan IMO-PLUS digabungkan dengan larutan M-ProBio.
  5. -ProBio perlu diaktifkan dengan campuran air tanpa klorin seperti air sungai atau air perigi dan nisbah yang sesuai ialah 1: 200 (M-ProBio aktif: air tanpa klorin)
  6. M-ProBio yang telah dilarutkan, sekitar 500 mL larutan tersebut mencukupi untuk disemburkan kepada tanah sekitar pokok pisang yang kecil.
  7. Adalah digalakkan menggunakan M-ProBio dengan kerap iaitu sebulan sekali atau 2 minggu sekali bagi memastikan bakteria baik terus tumbuh dalam tanah. 
  8. Arak lingkungan yang sesuai untuk penaburan IMO-PLUS ialah mengikut anggaran zon akar atau saiz kanopi daun.
  9.  Selepas 3 bulan, sebanyak 120 g IMO-PLUS boleh ditaburkan untuk satu pokok dan kemudian, sekitar 200 g IMO-PLUS boleh digunakan untuk 6 bulan seterusnya dan akhir sekali sekitar 400 g untuk 9 bulan berikutnya.
  10. Bagi pokok yang matang iaitu pokok yang sedang menunggu untuk berbuah, penggunaan sekitar 2 hingga 3 kg untuk satu rumpun adalah digalakkan bagi mengelakkan terkena serangan penyakit. 
  11. Penggunaan ini juga bergantung kepada saiz dan jenis pokok, contohnya bagi pisang nipah sebanyak 3 kg manakala pisang berangan sebanyak 3 kg. 
  12. Apabila pokok sudahpun mengeluarkan buah dan juga anak, penggunaan baja kemudiannya ditingkatkan bagi memastikan nutrien yang dibekalkan mencukupi untuk proses pembuahan dan juga untuk pembesaran anak-anak pokok.

3.2 RAWATAN PENYAKIT MOKO

  1. Jika pokok tersebut telah menunjukkan semua simptom-simptom penyakit Moko, ianya perlu dimusnahkan secara keseluruhannya dan kaedah pencegahan kemudiannya digunakan.
  2. Sekiranya terdapat satu pokok yang terkena jangkitan dalam satu rumpun, pokok yang terkena jangkitan tersebut dimusnahkan dan rawatan diberikan keatas pokok lain dalam rumpun tersebut.
  3. Kaedah rawatan sama seperti kaedah pencegahan yang telah diterangkan sebelum ini tetapi kekerapan ditingkatkan iaitu sebanyak sebulan sekali sehingga pokok dipulihkan sepenuhnya.
  4.  Keberkesanan rawatan ini dijangkakan akan ditunjukkan dalam masa 6 bulan daripada rawatan pertama.
  5. Pada satu rumpun, sebanyak 1.5 hingga 2 kg IMO-PLUS boleh digunakan pada satu rumpun bergantung kepada saiz pokok dan jenis pokok.
  6. M-ProBio juga perlu digunakan bersama-sama dengan IMO-PLUS iaitu M-ProBio disembur diatas IMO-PLUS yang ditabur. 
  7. Untuk menampakkan  hasil yang lebiih baik, penggunaan M-ProBio boleh ditingkatkan kekerapannya iaitu 2 minggu sekali.
  8. Setelah pokok menampakkan pemulihan (biasanya selama 6 bulan), sela masa penggunaan IMO-PLUS dan M-Probio dijarakkan kepada 2 bulan sekali dan bagi pokok yang sudah pulih, penggunaannya sebanyak 3 bulan sekali.

VEDIO CARA PENGGUNAAN BAJA IMO-PLUS DAN M-PROBIO.


BAJA IMO-PLUS 5 / BAJA IMO-PLUS 7






BAJA
Bil
ITEM
PACKAGING
 KURANG DARI 5 BAG
    LEBIH 5 BAG
1
BAJA IMO PLUS 5
50 KG
RM 100.00
RM 95.00
2
BAJA IMO PLUS 7
50 KG
RM 105.00
RM 100.00
3
M PRO-BIO BOOSTER
1 L
RM 10.00
RM 10.00


JIKA BERMINAT UNTUK SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI PROVET COMPANIES GROUP SDN BHD 
NO : 03-89404506  ATAU
NO : 013-3984020 (PUAN AZWA) ATAU
EMAILKAN KEPADA : provetniaga@gmail.com
lOKASI :18, JALAN DESA SERDANG 4, TAMAN DESA SERDANG, 43300 SERI KEMBANGAN, SELANGOR DARUL EHSAN.

Comments

Popular posts from this blog

Pengenalan Dectomax / Doramectin

Pembekal Lembu & Kambing Sepang, Jenderam, Bangi dan Putrajaya

Pembekal Lembu & Kambing Sepang, Jenderam, Bangi dan Putrajaya 2020